Hai. Assalamualaikum !
Dulu, pernah seseorang bertanya pada saya. Apakah yang akan saya lakukan jika suatu hari nanti terjadi sesuatu padanya dan dia mengalami hilang ingatan ? Jawapan saya, saya akan sentiasa berada disisinya dan berusaha memulihkannya walaupun tidak ada satu kenangan pun tentang saya dalam kotak ingatannya. Tidak salah saya mencuba membina dan mencipta memori baru antara kami. Namun, belum sempat itu semua terjadi, sesuatu terjadi antara kami. Dan masalah tu masih lagi tergantung dan tak dapat diselesaikan sampai sekarang. Makan masa berbulan2 jugak. Taktau siapa yang harus dipersalahlan. Hm. Saya ? Saya masih menantikannya walaupun tiada sebarang berita yang saya kirimkan padanya dan saya juga tidak menerima sebarang berita darinya. Biarlah ianya berlalu. Saya akan berhenti memikirkan ttg dia jika suatu hari nanti, dia berkahwin dengan orang lain. Mungkin !
Berbalik pada cerita "Aku Terima Nikahnya". Ehem. Bukan nak jadi pengulas, cuma nak berkongsi. Hehe. Disebalik jalan ceritanya yang romantik, apa yang saya nampak ialah dalam setiap perhubungan pasti ada dugaannya. Cuba bayangkan kalau Johan (Adi Putra) tak accident dan tak mengalami hilang ingatan, Lisa (NoraDanish) tidak akan melalui saat getir dalam perhubungan dan ujian yang maha hebat camtu. Hingga kan terpaksa berkorban perasaan. Berperang dengan kesedihan serta bersabar dengan karenah Johan yang menghiraukannya sedangkan mereka menyulam cinta yang sangat bahagia sebelum peristiwa tersebut terjadi. Mana mungkin dalam hidup kita bahagia sentiasa. Hidup seperti roda. Apa yang membezakan cuma jalan cerita dan kisah percintaan pasangan. Mungkin ujiannya sedikit tetapi berlarutan. Atau mungkin ujiannya berat tetapi hanya untuk dalam waktu yang singkat. Nasihat saya, bersabarlah dan berusaha. Jangan pernah berputus asa dalam hubungan cinta anda. Berjuang jika anda benar2 menginginkannya.
Saya ? Saya percaya pada jodoh dan cinta sejati. Masih lagi menanti yang benar2 ikhlas menyayangi diri ini seadanya. Mungkin belum tiba masanya.
P/S : Ya Allah, sampaikan salam rinduku padanya dan titipkan diriku dalam doa kerinduannya juga. Amin. :)
Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Kadang-kadang kita x faham kenapa Allah takdirkan sesuatu... rasa duka di hati. Kemudiannya baru kita nampak natijahnya. Berdoalah... kerana DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN
ReplyDelete