Wanita Malaysia ranking dunia ketiga CURANG !? Haha. So, why I am Single ? :)

Hai ! Assalamualaikum. (:

Say a very big HALLO to September 2012. Allahuakbar. Terlampau cepat sangat masa berlalu. Sangat2 penat this week. Dengan sekola baru buka, kena mark all the students paper, preparation for Merdeka parade kat sekolah lagi. Such a tired week. Try to do my best and alhamdulillah semua kerja dah settle. NOW. Workout gila2 dengan editing. Huhu. Esok dah start new week lagi. Hehe.

Dalam pada sibuk2 niyh, tiba i duduk sejenak. Act, banyak sangat benda dah berlaku dan otak i tak berhenti dari terus memikirkan semua tu. Taktau lah kenapa. I sangat2 takut nak menghadapi hidup niyh. Banyak sangat benda yang kita tak terduga berlaku. Dalam 2012 niyh je, dah macam2 hal berlaku.

Sedar tak sedar, buat pertama kalinya i hidup SINGLE. Tanpa seorang lelaki yang setia memberikan cinta. Pedih. Sumpah ia sesuatu yang sangat memedihkan. I sedih dengan apa yang terjadi. Kecewa. Dan dalam masa fikiran masih lagi tak menentu, kesedihan dan kekecewaan melanda tu, tiba2 i terima kehadiran seorang lelaki dalam hidup i. Malangnya tak lama relationship tu. Its seriously complicated. I pun taktau mcm mana nak explain keadaan kitorang. Siapa yang salah pun, i tak dapat nak defined. Mungkin ada hikmah semua niyh berlaku. Maybe gak terlampau cepat i cuba ubati luka tapi sebenarnya i belum bersedia dan ia menambahkan lagi luka bila semua niyh terjadi. Disebabkan sikap yang terburu2 tu, i jadi possessive kot. Haha. Sangat kelakar. Bila i fikir balik, seolah2 i niyh tak confident pada diri sendiri. Bukan ke jodoh kita memang dah ditentukan ? But since single niyh, banyak benda dah berubah. Seems like i sangat down ! Walaupun orang lain nampak i dari luar sangat aktif, kuat, gelak sakan tapi hakikatnya ... Taktau lah nak cakap camne. Even i busy dengan kerja yang melambak2 but deep inside there memang ada something yang kosong ! Yeah. I need someone. Taktau lah siapa je yang layak. Pernah gak i cuba berkawan dengan beberapa orang lelaki BUT tak jadi apa pun. I have no feelings to them. Rasa macam takut, tak percaya dan sebagainya.

Haih. Niyh lah dia. Sejak beberapa bulan niyh memang keluhan je memanjang yang terbit kat bibir i niyh. Apa lah hidup niyh. Bila satu part kita dah lega, muncul part lain pulak bawa masalah. Tak pernah nak tenang dari berfikir. Kenapa mesti macam niyh ? Susah sangat ke lelaki nak berlaku jujur, setia, sayang kita ? Kenapa mesti mempermainkan perasaan kita ? Dengar cerita yang perempuan Malaysia adalah ranking ketiga yang berlaku curang. Haha. Soooo. Since wanita Malaysia dah dinobatkan camtu, para lelaki yang kat luar sana tu, bukan mudah nak dapat seorang wanita yang setia, jujur macam i niyh. Tolonglah hargai ! Haha. (Promote link). Tapi memang camni lah manusia. Tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Sama gak lah dalam hal pasangan niyh. Dah dapat yang okay, pergi menggatal dengan orang lain lagi. Bila dah hilang, baru nak mencari. Baru nak belajar menghargai. Huh. Sorry guys out there ! Even pedih mcm mana pun hati niyh, once i melangkah angkat kaki, i takkan pernah pusing memandang ke belakang semula. Tak semudah itu hati seorang wanita niyh disakiti, dilukai dan dipermainkan. Okay ?

So. Berbalik pada topik asal. Hahahaha. Yang atas2 tu semua mukadimah yang melampau panjangnya. :P
KENAPA ramai wanita curang ? Act ada banyak pendapat tentang masalah niyh. Macam2 spekulasi sebenarnya. Ini hasil faktor wanita curang daripada pembacaan, pengalaman org sekeliling dan penilaian i sendiri.

1.Balas dendam
Mungkin sebelum ni pasangan dia pernah berlaku
curang terhadap dia. So, dia nak balas dendam supaya lelaki
pun akan merasai sakit hati yang dia rasa.

2. Menghilangkan stress
Tekanan2 yang dihadapi dirumah/tempat kerja diluahkan
dengan cara ini.mendapatkan cinta yang baru yang lebih sensasi.

Sebab selalunya lelaki memang kurang ambil perhatian dengan masalah stress yang dihadapi pasangan. Bagi mereka, itu semua benda yang remeh. Kalau lelaki boleh handle sendiri, kenapa tak wanita kannn ? Hmm.

3. Perasaan terhadap suami/kekasih telah berubah
Semakin lama semakin kurang perasaan cinta
pada pasangan. Jadi dia mengembalikan rasa cinta yang telah
pudar kepada orang lain. Tapi an. Kena fikir gak. Kenapa perasaan tu berubah ? Ehmmm.

4. Pasangan tidak memahami kehendak mereka
Okayh. Sub topic yang ini pun ada banyak faktor sebenarnya.

Perempuan sentiasa inginkan belaian, manja, perhatian, kejutan dan kasih sayang. Sesetengah lelaki, mereka kurang mengambil berat perasaan pasangan mereka. Kebanyakannya sibuk dengan kerjaya dan pasangan diletakkan di tangga yang kedua. Oleh sebab itu, sesetengah wanita merasakan diri mereka diabaikan. Sedangkan wanita lain. Walau sesibuk mana wanita, mereka tak pernah melupakan  pasangan mereka. Kalau dok membebel marah lelaki dan beritahu kehendak mereka je, confirm lelaki tutup telinga an ? So jalan penyelesaian sesetengah wanita, cari lelaki lain. DAN selalunya lelaki cuma akan beria terhadap pasangannya di awal perhubungan sahaja. Haha. Just imagine ! Sampai bila benda niyh akan berlarutan ? KECUALI lah kasanova. Selalunya kasanova memang ada banyak masa nak layan perempuan2 niyh. Romantik, sweet talker, hadiah, kejutan, masa memang semua da kat kasanova dan playboy. Tapi sayangnya kasanova ada niat jahat lain dan takkan pernah stay kat sorang je. Huh. 
SAY NO TO PLAYBOY and  CASANOVA ! :)

5. Berbeza minat dan cara
Wanita lebih cenderung untuk melakukan aktiviti bersama pasangan.
Bila pasangan pulak berlainan hobi dan cara,
mudah untuk wanita jatuh cinta kepada lelaki lain yang
punya minat yang sama dengan dia. Lagi satu ! Lelaki lebih gemar melakukan aktiviti dan meluangkan masa dengan rakan-rakannya. SEBAB ? Sesetengah perempuan memang merimaskan. Emo tak tentu pasal, menggedik, membebel dan kadang2 time nak beraktiviti lah nak tunjukkan manja2 tu. Nak perhatian lah katakan. So, lelaki akan menjadi boring. Tak trill. Huhuhu.

6. Mengembalikan perasaan mudanya
Umpama jatuh cinta untuk kedua kali
selepas dikecewakan. Segalanya indah
dan mengasyikkan. Itu perasaan yang wanita suka.

Hahaha. Niyh maybe khas untuk orang yang dah berumahtangga kot ? -.-"

Apapun punca wanita curang, curang bukan lah penyelesaian untuk setiap masalah. Bukan jalan untuk kita melarikan diri dari pasangan kita. Cinta yang tulus tidak akan mengkhianati. Cubalah belajar setia pada pasangan anda dan mencintai kekurangannya. Bukankah Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi ? Jadi kenapa perlu mengkhianati dan menyakiti perasaan orang yang kita cintai ? Cubalah jadi yang terbaik. Biasalah dalam setiap perhubungan mesti ada masalah yang melanda. Sebab masing2 dalam proses pengenalan dan memahami antara satu sama lain. Banyak lagi cara nak menyelesaikan masalah selain daripada curang. PERCAYALAH, curang hanya akan menambahkan masalah. Seronoknya sekejap je.

Anyway, HIDUP INI PERJUANGAN. Percintaan pun perjuangan jugak ! So, sila lah berjuang hingga ke garisan penamat ya. Jangan menyerah kalah. :)

P/S : Saya masih lagi mencari cinta. Untuk yang tulus dan ikhlas mencintai i, memahami dan bertahan dengan karenah i. I selalu berdoa semoga i berjumpa dengan jodoh i dengan cara yang diredhai Allah. I insan biasa. Banyak sangat kekurangan. Namun i sentiasa berusaha untuk membaiki kelemahan i. (:

Layan lagu Stacy niyh. TERIMALAH SAYA APA ADANYA.


Sekian. Bye. :)

Leave a Reply

Followers

About Me

My photo
Proudly wife to Mohd Jefri since 02nd October 2015.