Part 1 - Peranan seorang yang bergelar isteri

Assalamualaikum u'olls. I've been at Pahang now. Kakak angkat kahwin esoook ! Dia kawen, i yg berdebar. Haha. Oh well, tiba2 terpanggil nak post berkenaan peranan isteri. Ini berdasarkan pemerhatian i yg xde pengalaman sebagai isteri disertakan sedikit ilmu pengetahuan yg ditimba. Hiks.

I selalu sangat dengar rungutan si isteri terutamanya yg baru je kawen merungut tak serasi dengan mak mertua. Mak mertua bengkeng semacam katanya. Mak mertua cerewet x bertempat, mak mertua macam nak berebut kasih suami, mak mertua suka dera and bla bla bla lagi. Dan tak kurang gak aduan mak2 mertua berkenaan anak menantu yg tidak tahu menghormati, tak pandai ambil hati, bersikap kurang ajar dan sebagainya.

Persoalannya; Adakah perkara2 seperti menjaga hati antara satu sama lain, mengambil hati mak mertua hanya perlu dilakukan sebelum berkahwin je ? Lepas kawen ? Nahhh. Dah jadi macam;

"Kisah apa aku. Anak kau, aku yg punya sekarang !".

I tak berminat nak ulas berkenaan sikap sesetengah mak mertua dalam post kali niyh TAPI i nak ulas sikap menantu terhadap mak mertua terutamanya menantu perempuan ! Sebab so far, tak ramai menantu lelaki yg ada masalah dengan keluarga mertua. Tak gitu ?

1st at all, Adakah anda sedar wahai kaum perempuan apabila anda berkahwin dengan suami anda, syurga suami anda masih dibawah tapak kaki ibunya ? Bukannya terletak dibawah tapak kaki anda !
Adakah anda sedar bahawasanya anda sangat berperanan memastikan hubungan suami dan mak mertua sentiasa baik dan menjadi penasihat yg baik kepada suami anda apabila berlaku perselisihan dalam antara suami dan ibunya. Bukannya jadi batu api. Ini masalah yg sering dihadapi. Apabila mak mertua buat perangai contohnya, si suami for sure nak backup isteri kannn. Si isteri terasa secure sgt ! Sampai tak kisah kalau si suami berperang besar dgn maknya sendiri. Dimanakah peranan anda ? Ya. Mungkin mak mertua anda yg bersalah (since mana ada manusia yg perfect dalam dunia niyh, kan. Lagipun anda baru masuk keluarga mereka, baru nak kenal perangai masing2 !) Tapi, tak salah anda menjadi seorang isteri yg menyejukkan hati si suami disamping mengingatkan suami tentang tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya sendiri iaitu ibu bapa mertua anda juga ! Besar pahalanya wahai si isteri. Apa yg anda dpt jadi batu api seterusnya mencetuskan permusuhan sesama keluarga sendiri ? Ada baiknya mengalah dan berbaik. Tidak salah menjadi isteri yg sgt menyejukkan. I percaya suami anda akan lebih mencintai anda kerana tahu anda mampu menjaganya serta menghormati keluarganya.

Ingatkah anda ? Kisah seorang lelaki yg mengagung2kan isterinya lalu bermusuhan dengan ibunya sehingga ibunya berasa sedih teramat sangat. Lelaki tersebut berhadapan dengan azab dari Allah yg tidak terhingga sebelum meninggal dunia. Sahabat Rasulullah terpaksa merayu kepada ibu lelaki tersebut supaya memaafkan anaknya kerana ibunya enggan memaafkan akibat terlalu terluka. Akhirnya, ibunya memaafkan dan anaknya dapat menghembuskan nafasnya yg terakhir.

I bukanlah seorang yg hebat bab2 niyh cuma agak terkilan dgn beberapa kisah berkenaan menantu dan mertua yg i dengar kebelakangan niyh. Ya. Masing2 ade kelemahan dan kesalahan tapi alangkah indah jika yg muda tahu menghormati yg tua lebih2 lagi mak mertua sendiri. Bersyukurkah anda ? Mak mertua itulah yg menjaga, mendidik dan membesarkan suami anda. Tidak takutkah anda jika perkara yg sama diperlakukan anak anda sendiri suatu hari nanti ? Letakkan diri anda ditempat mak mertua anda. Banyakkan bersabar dan pelajari mak mertua anda sendiri. Semoga post kali niyh akan memberi iktibar dan pedoman untuk kita semua. Cantikkan peribadimu, Inshaallah.

P/S : Berusaha mengenali keluarga bakal mertua seterusnya menghormati mereka sebelum, semasa perkahwinan dan sampai bila2 ! Terima kasih mama (bakal mak mertua) kerana melahirkan, membesarkan, mendidik bakal suami saya yg kini sangat hebat orangnya ! Terima kasih ibu melahirkan, menjaga, membesarkan, mendidik saya sehingga kini ! Ibu dan mama wanita yg HEBAT !

Alam rumahtangga banyak cabarannya. Ya Allah, permudahkan jalanku. Aku mahu jadi pendamping bakal suamiku yg terbaik. Sekian. Wallahualam. Assalamualaikum.

Leave a Reply

Followers

About Me

My photo
Proudly wife to Mohd Jefri since 02nd October 2015.