Hai. Assalamualaikum.
Lama sgt dah x update this blog kan ? Huhu. Was so busy actually. Banyak sangat kerja. And i dah macam Zombie mungkin ? Lifeless. -..-"
Heyyy. Beberapa hari lepas terbaca ade satu statement.
"Perkahwinan niyh simple je. Baru la mengikut Islam yg sebenar. Nak pasangan yg mcm niyh boleh ? Parents yg bukan jual anaknya. Harap2 boleh dapat bakal isteri yg mcm niyh. Sempurna."
Hurm. Personally im agreed with this statement. Sebab ? Sekarang niyh wang hantaran ditetapkan mengikut taraf pendidikan. Semakin tinggi pendidikan, semakin tinggi wang hantarannya. Bukan tak boleh, boleh jeee. Cuma, nak tanya sikit. Anak tuan puan yg berpuluh hatta beratus ribu wang hantarannya tu, cukup solat 5 waktu x ? Pandai mengaji alQuran x ? Menutup aurat dengan sempurna x ? Pandai masak x ? Pandai kemas rumah ? Pandai menjahit ? Bersifat keibuan x ? Kalau tinggi pendidikan beserta pakej tingginya akhlak perempuan tu, mungkin berbaloi2 meletakkan wang hantaran puluhan ribu. Ye dak ?
One more is, fenomena sekarang - Pinjam bank tuk kahwin. Bkn x setuju tp tolong elakkan boleh ? Anda nak membina rumahtangga. Kenapa perlu dibebani hutang pada awal alam rumahtangga anda ? Alangkah indahnya pasangan yg mahu mendirikan rumahtangga niyh sama2 bekerja keras menyimpan duit utk majlis sendiri. Dah kata nak grand sgt kan. Dah kata takut malu kena kutuk majlis biasa2kan. Dah kata parents teringin sgt majlis kahwin anak besar2an. So ? Usaha lah sama2. Kenapa bebankan hanya pihak lelaki je yg mencari kewangan tuk majlis ? I teringat sorang kenalan lelaki merungut.
"Aku penat2 kerja, OT sampai tgh malam semata nak simpan duit hantaran. Tunang aku ? Berjimba dgn kwn2 dia setiap minggu. Siap pergi melancong sampai ke luar negara. Dia langsung tak kisah aku yg bagai nak gila bekerja niyh. Aku sorang je ke yg nak kahwin ?."
Hurm. Nampak ? Kata sayang, kata cinta, kata nak kahwin kenapa mesti jadi situasi di atas ? Tak boleh ke sama2 membantu. Bukankah perkahwinan merupakan perkongsian ? Jd, belajar2lah berkongsi susah senang mencari duit tuk majlis perkahwinan. Taktau lagi masa depan alam perkahwinan nanti mcm mana. Kalau perkara mudah mcm niyh pun tak boleh sama2 handle, mcm mana kata dah bersedia nak kahwin ? Pssst. Tapi berhati2 kaum wanita. Jgn sampai anda dimanipulasi oleh pasangan anda. Ramai gak lelaki yg taknak bertanggungjawab. Baik berpada2 okayh ! :)
Berbalik semula pada statement pertama. Apa yg i x setuju kat situ ? Perfect ! Sorry. There's no one on this earth yg perfect. Semua ada kelemahan. Mengharapkan pasangan yg perfect. Anda bagaimana ? Cukup layak ke ? Kadang2 kita tak boleh nak high expectation sgt. Atau bahasa mudahnya, kita perlu sedar diri kita siapa. Mungkin bunyi sedikit kasar tapi ini realiti. Anda nak beristerikan wanita yg solehah yg bertudung labuh, berpurdah dan baik akhlaknya tp anda ? Solat 5 waktu pun tak cukup ! Yg paling menjengkelkan, lelaki jenis mcm niyh la yg kebanyakannya berminat tackle awek2 separuh bogel di laman sosial tuk dijadikan teman chatting 'geli2' dan memainkan perasaan wanita. Haha. Tolonglah jgn buat kelakar wahai kaum adam. Anda tu diciptakan utk menjadi pemimpin. Bukannya utk dipimpin. Silap2 rosak pulak 'wanita solehah' anda tu terikut2 dgn sikap anda. Jadi, apa kata yg berbunyi2 konon nak sgt kesempurnaan tu td pergi ubah diri dulu ? Mungkin boleh cuba cukupkan solat 5 waktu, kemudian hadirkan diri ke ceramah2 agama di surau atau masjid serta cuba membaiki diri. Tidak semestinya berkopiah atau berserban je. Heyyy anyway, jangan lupa ! Karma itu ada. Ingat Tuhan tu buta ke tak nampak perlakuan anda ? Ingat Tuhan tu tak adil ke nak bagi sempurna semudah itu kepada anda sedangkan anda sendiri ? Ingatlah, pasangan yg baik untuk org yg baik dan pasangan yg sebaliknya utk org yg sebaliknya. Fair much, is it ? :)
Anyway, bukanlah i bermaksud kita kena cari pasangan yg jahat mcm kita jugak. No ! Carilah yg terbaik dan dlm masa yg sama juga cuba lah jadi yg terbaik supaya bakal pasangan hidup kita berasa bertuahnya memiliki kita yg tahu sedar diri sendiri dan cuba berubah. Okay ? This entry bukan nak condemn sesiapa cuma pesanan ikhlas untuk semua yg mahu menerima kebenaran disebalik 'kesempurnaan' yg dicari. Semoga beroleh kesempurnaan kelak. :)
P/S : Masih lagi tercari2 yg sekufu dgn i yg sgt byk kelemahan niyh tetapi mempunyai inisiatif utk berubah, yg mahu membina hidup yg diredhai Allah. Alangkah indahnya jika 1 hari nanti suami i pimpin tangan i, anak2 dan sama2 menuju ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah agama, solat berjemaah, mengaji bersama dirumah serta menegur dgn cara berhemah, sabar dan matang. I jauh dari sempurna namun i cuba jd yg terbaik. Bukan mudah menyiapkan diri tuk menghadapi alam rumahtangga tp bg i alam rumahtangga sgt indah dan manis. Memberi dan menerima seadanya merupakan perkara utama disamping memahami dan bertolak ansur. Masih mencari dan terus mencari. Psssst. Parents i jenis tak kisah duit hantaran. Byk pihak lelaki bg, besar lah majlis. Sikit pihak lelaki bg, kecil lah majlis. Bak kata ibu i, jangan bebankan bakal suami kita dgn permintaan yg merepek2 tuk majlis. Ikut kemampuan dia seadanya. Walaupun i ada impian perkahwinan i sendiri tp i still can consider about this. Kemahuan je, bukan keperluan. Wallahualam. :) *Masih lagi takde plan tuk berkahwin dlm plan kehidupan i. Calon pun takde lg. Membujang sampai tua ? I dah cukup sunyi. Serahkan pd Allah bulat2. Hati hancur hanya dgn 1 statement dan kata2 sahaja. Sedang cuba menguatkan hati sendiri. Mungkin perlu menghentikan segala2nya dan beralih arah mencari ketenangan diluar kotak kehidupan sekarang. Mungkin ! Masih mengatur rancangan dan langkah. Assalamualaikum.