Assalamualaikum. Haiii. :)
Ermm. Hari niyh i nak membebel pasal wedding plan. Actually lama dah nak membebel pasal benda niyh cuma tak kesampaian je. Mak jemah busyyy you. Haha. Gedikkks. And. Ini merupakan hari keempat i was terlantar atas katil. Why ? High fever, flu. Ehmmm. At least i ada kesempatan nak update blog. Huhu.
So. Perkahwinan niyh sebenarnya tak boleh dipandang remeh. Umumnya orang lebih memandang kepada majlis perkahwinan. Betol x ? Jadi wahai bakal2 pengantin, sila lah rancang majlis anda dengan teratur serta sistematik. Ye. Takkan ada yg perfect. Betol ? Cuma cuba lah buat yg terbaik. Lagipun majlis niyh sekali je seumur hidup. Lagi satu. Rancang dan adakan majlis mengikut kemampuan anda. Cuba jadikan ia sempurna. Cuba.
Dah dua tiga majlis i hadiri, mempunyai masalah. Apa masalah nya ? Photographer. Benda lain mcm mak andam, pelamin, khemah, makanan, door gift selalu takde masalah. Yg selalu dipandang remeh oleh pengantin ialah photographer. Heyyy come on pengantinsss. Awak da cantik2 di make up, segak bertanjak, gah di pelamin tiba2 takde sape nak amik gmbar awk ? Hm. Hmm. Hmmm. Ini satu2nya cara hari indah awk dirakam dan diabadikan tau. Sampai ke anak, cucu, cicit bagai. Dan bukan semua orang akan willing jadi photographer free. Even org tu takde basic photography pun, dia tetap takkan nak buat kerja free. Tambahan terpaksa commit dok kat majlis awk dari pg sampai petang. And me ? Dah dua kali lah terkena jadi photographer free niyh. Atas rasa ikhsan dan kesian. But not for the third time. Lagi satu, pengantin suka bagi alasan.
"Takpela. Adik i ada DSLR, abang i photographer, bapak i dulu kerja bahagian seni gambar niyh semua."
Erk. Hallooooo. Anda perlu ingat. Keluarga anda merupakan orang kuat pada hari majlis anda nanti. Agak2 mereka ada masa ke nak jadi fulltime photographer majlis anda ? Surely mereka takde masa nak pegang camera pun. Itu sebabnya anda perlu hire photographer untuk majlis anda. Macam saya katakan tadi, jangan berkira soal kewangan. Andai kata anda tak cukup bajet, pakej photography ada banyak. Amik la yg paling rendah. Asalkan majlis anda ada kenangan untuk disimpan dan diabadikan. Nanti lepas majlis dapat durian runtuh ke apa, call lah semula photographer anda untuk deal buat album plak. Hehe. *Tips
Sesetengah orang cakap, alaaaa. Photographer jekan. Angkat camera, tangkap2 gambar. Bukan susahpun. Sponsor jela. Eh. Eh. Eh. Suka2 je nak sponsor bagai. Artis ke ? Kalau sponsor membawa apa2 keuntungan tak ? Kadang orang yg jenis macam niyh saya teringin sangat nak tanya, Anda sanggup ke bekerja tanpa gaji ?
Mestilah tak kan ? Sedangkan gaji masuk lewat pun dah mogok depan bos. Inikan plak TANPA GAJI. Kenapa ? Kerana anda meluangkan masa dan tenaga anda untuk bekerja. Sama lah jugak dengan photographer. Photographer meluangkan masa, tenaga dan memerah otak dengan skills untuk hari bahagia anda. Itu belum termasuk lagi transport dan penginapan. Aduhai. Tak malu ke nak minta free ?
Saya teringat satu kisah masa mula2 dulu jadi photographer. Kawan sekolah saya minta khidmat photography sy. Jadi sy kenakan bayaran. Mengikut pada kehendak dia. Nak dijadikan cerita kehendak dia agak demand. Urm. Jadi saya letakkan bayaran yg sewajarnya. So tiba2 dia cancel. Mula dia memang nak free. Huhu. Alasan dia cancel kan ? Abang dia ada DSLR. So. Takpela. Sy cuma nasihatkan dia seperti di atas. Nah. Dimakinya sy. Habis dikutuknya gambar2 sy. Siap dicop berlagak lagi. Haha. Allahuakbar. Hati mana yg tak hancur ? Niat kita baik namun disalahtafsirkan. Tambahan sy baru lagi masa tu dan sudah tentu memerlukan sokongan rakan2 untuk terus bergerak. Tapi jadi yg sebaliknya. Sy charge dia mengikut harga terendah berbanding pasaran. Finally ? Sy cuba usha gambar perkahwinan selepas beberapa bulan majlis dia. Hasilnya ? Menyedihkan. Moral ? Bukan mudah nak jadi photographer. Jangan hancurkan kenangan hari bahagia anda disebabkan ego. Hmmm. Attitude. Attitude.
P/S : Belajar menghargai hasil titik peluh orang. Camne nak hargai ? Ganjaran. Kalau nak save sgt, amik la gmba guna handphone. Suami tgkap gmba isteri, isteri tangkap gmba suami. Taknak kan ? Nak gak gambar cantik2 kan ? Bagus gak sekarang ada pakej pelamin beserta photography. Membantu bakal pengantin. :)
*Luahan hati panjang lebar.
Kalau saya sponsor anda photography, apa anda nak sponsor saya pada majlis perkahwinan saya nanti ? Tetttttttt.
Terima kasih banyak2 kepada ibu abah, adik2, sepupu sepapat, makcik pakcik, kawan2 yg banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada sy. Melangkah maju ke hadapan.
Have a nice day. Bye.