J O D O H ? Whoah.

Hai. Assalamualaikummm. :)

Okayh. Hari niyh tiba2 nak tulis entry jodoh niyh. Hehe. Bukan apa. Beberapa bulan niyh i banyak betol dapat kad jemputan perkahwinan. Raya niyh pun ada jemputan tau. Kawan2 sebaya pulak tuuu. Then, of course la i banyak kena tengok orang kahwin an. Dah job i. Hehe. Rezeki. TAPI sebelum meneruskan celoteh i, i nak minta maaf banyak2 kat kawan2 sekolah dulu dan akak2, abg2 senior yg jemput kahwin tu. I tak pergi. SEBAB. I taknak korang2 semua tanya turn i bila pulak. Haha. Ngelat cara terbaik. Apapun, i doa an u all semua bahagia hingga ke syurga hendaknya. Aminnn
Opsss. Bila cakap pasal kahwin niyh, orang yang dah berumahtangga best lahhh an. Sekarang fikir pikul tanggungjawab dan buat yg terbaik je. Tp org yg belum kahwin macam i niyh. Hehe. Dilemma melampau tau tak. Soalan2 panas dan nakal seperti,
"Kau bila lagi ?", "Tak teringin ke nak ada pasangan ?", "Eh, memilih sangat tak kau niyh." "Kau taknak ke anak si polan tuuu. Single lagi tu".
Adeehhh. Selalu betol singgah kat cuping telinga. Sampai penat nak jawab last i senyum kambing je. Haha. Bab2 memilih tuuu. Of course lah kena memilih, betul tak ? Kalau tengok un tak selera, mcm mana nak hidup bersama ? Lemau je karang hubungan uh. Uuuu. Tak mau okayh ! Then kalau dah jalin an hubungan tapi terputus di pertengahan jalan, nak buat camne an ? Takde jodoh lah tu. Nak cari pengganti un bukan senang. Hati, perasaan, hidup. Bukan taknak kahwin cepat. I sure semua nak. Yelah. Ada peneman suka duka, tempat berkongsi, tempat bermanja, tempat nak bergaduh. Hehe. Sape taknak ? Betul tak ???
Tapi tulaaa. Bukan semua orang bernasib baik. Masing2 ada part life masing2. Macam i gak, keturunan family i (perempuan), kebanyakannya kahwin umur 20. I dah 23, tak kahwin2 lagi. Ha. Tak kecoh ke ? Haha. Kecohlaaa. Haha. Macam2la. So. I dok baca blog2 orang. I terjumpa tips niyh. Katanya camne nak cepat an jodoh. Yelahhh. Kena usaha gak an ? :) Baca jommm.

Memang benar, jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah, tetapi berusahalah untuk mencari dan menjejaki calon pasangan anda. Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood berkongsi tip-tip untuk mempercepatkan jodoh :

1. Berdoa selepas solat lima waktu.
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun
setiap kali selepas solat 5 waktu supaya
diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari
sekarang kerana doa memerlukan masa
untuk dikabulkan.

"Ketika sy di tingkatan satu, ibu saya sudah pun menyuruh saya berdoa supaya
diringankan jodoh di samping berdoa untuk lulus dalam peperiksaan. Saya mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat dan kelebihan terkandung di dalamnya", beliau berkongsi amalannya.

2.Berdoa pada waktu tengah malam.
Menurutnya Rasulullah SAW ada menyebut
dalam satu hadith bahawa berdoa pada
waktu tengah malam (qiamullail) yang mana Allah mustajabkan doa samada hajat di dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang kita hajati terutamanya dalam soal jodoh dimustajabkan.

3.Doa ibu bapa.
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak
mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa
ibu bapa boleh membantu mempercepatkan
jodoh anak-anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan yang tertentu.

4.Puasa pada hari jadi
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya
pada hari tersebut kita dilahirkan dalam
keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi,
berpuasalah pada hari kita dilahirkan
supaya hajat kita dipermudahkan dan
dikabulkan Allah.

5. Solat sunat taubat.
Beliau menyarankan agar melakukan solat
taubat terlebih dahulu pada waktu tengah
malam sebelum berdoa diringankan jodoh
yang terhalang.
"Kita mahu Allah tunaikan hajat kita tetapi
dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi
mintalah ampun terlebih dahulu sebelum
berdoa memohon sesuatu hajat" , katanya.

6.Pohon restu ibu bapa.
Tanyalah ibubapa terlebih dahulu apabila
kita sudah berkenan pada seseorang.
Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat
jodoh terbaik kepada kita seperti yang
berlaku kepada ustazah Siti Nor Bahyah
sendiri. Beliau mengaku menerima kiriman
surat daripada beberapa lelaki termasuk
suaminya sndiri, Ustaz Wan Akashah dan
semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa
tindakan.

"Apabila ibu saya membaca surat yang
dikirimkan oleh suami ketika itu, dia
memberitahu saya bahawa ada getaran di
dalam hatinya dan membenarkan saya
membalas surat tersebut" , imbaunya.
Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah
juga pernah mengirimkan surat kepada
keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan
mereka bahawa beliau mampu menggalas
tanggungjawab sebagai suami di samping
tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir.
Ternyata surat yang dikirimkan itu berjaya menyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin.
Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik untuk kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya.

7. Amalkan doa-doa pilihan.
Antara doa-doa yang boleh dijadikan
amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat 4
untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik. Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam surah al-Qasas ayat 24 patut
diamalkan kerana doa ini adalah untuk
sesuatu hajat yang dirasakan amat
mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya hingga kini.
"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat", katanya.

8.Solat hajat.
Jika semuanya sudah diamalkan maka
langkah terakhir ialah melakukan solat hajat memohon agar dipermudahkan dan
dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya.
Kita sebagai umat manusia hanya mampu
merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah yang akan menentukan segalanya.
Menurut beliau lagi, 'black magic' antara
faktor yang menyebabkan jodoh terhalang.
Oleh itu, saran beliau supaya membaca
surah Yunus ayat 81 untuk membatalkn
sihir dan ilmu hitam.

Haaa. Okayh. Pada yang single mingle tuuu. Moh la cuba tips kt atas. Insyallah. Kalau kita bersungguh2, pasti membuahkan hasil. :')

P/S : Setiap hari i doa semoga berjumpa dengan jodoh i. I pasti jodoh i orang yg terbaik. Mampu bimbing i, memahami i dan setia dengan i. Mana tau an. Esok lusa termakbul doa i. Jumpa tepi jalan ke. Hehe. Amin. Amin. Amin.
Okayh. Jumpa lagi entry akan datang. Ehemmm. Tiba2 i terasa nak berkongsi sikit jenis lelaki yang menjadi idaman i next entry. Hehe. Mana tau ada yg tiba2 masuk meminang ke. Hehe. Ditapis dulu. :D
Byeee.

Leave a Reply

Followers

About Me

My photo
Proudly wife to Mohd Jefri since 02nd October 2015.